Monday, August 24, 2009

Hari2 dlm Kenangan dan Ramadhan kali ini..(part 2-last-)

Salam…

Bersua kembali..ada masa terluang ni saya nak sambung entri saya..Alhamdulillah…hari ni dah masuk hari ketiga umat islam diseluruh dunia menunaikan rukun islam ketiga..berpuasa dibulan ramadhan..benar la..terasa kelainan berada dalam bulan ini..ketenagan dan kedamaian dirasakan tiap ketika dan waktu..kenape yea? Mungkin kerana kita berpuasa..nafsu terkawal..cuba dididik dengan baik..alhamdulillah…moga ianya berkekalan hingga ke bulan2 lain…bukan mudah..hanya doa yang dipanjatkan kehadrat allah..agar keimanan kita padaNYa sentiasa teguh, thabit.…Ameen..

Sambung entri lepas yea..

SAYA..

Sepatutnya cerita pasal saya, orang lain yg cerita kan..hehe..tapi tak pela...nanti komenla erk..erm.. saya anak kelima dalam keluarga saya yang besar itu..bersyukur dikurniakan keluarga yang agak bahagia..walaupun kadang2 ada slh fham antara kami adik beradik..namun semua itu menjadikan hubungan kami semakin erat..dugaan terkadang datang melanda..namun air dicincang takkan putus..bergaduh, merajuk dalam kehidupan adik beradik menjadi lumrah tetapi dengannya kehidupan kami lebih indah dan ceria. Saya adik beradik di besarkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun cik dan aboh bekerja..namun dgn tanggungan agak ramai..terpaksalah cik dan aboh menguruskan kewangan dengan baik untk memastikan kelangsungan hidup kami..alhamdulillah..walaupun hidup sederhana tapi kami tak pernah kebuluran kalau nak di bandingkan dengan nasib org lain yang lebih susah dari kami..semua tu dah ckup membuatkan kami bersyukur dengan apa yang ada…dan sebab itu la kami dididik supaya tidak boros..tak semua yang kami inginkan akan kami miliki waktu dulu walaupun kami mampu..tapi berjimat adalah lebih baik..masa depan kita tak boleh ramal..itu pujukan cik dan aboh..yang membuatkan kami senang hati bila mana permintaan kami ditolak..dan sedayanya kami cuba utk tidak meminta yang bukan2 lagi....tapi kami tak penah rasa kekurangan..cukup serba serbi..hasil didikan cik dan aboh..erm..alhamdulillah..kehidupan kami lebih baik sekarang…permata hati saya (cik dan aboh) sekarang dah bersara..tibalah masa mereka untuk berehat pula..saya bahagia..bersama mereka dan adik berdik saya yang lain..walaupun saya sendiri kdg2 membawa masalah dalam keluara saya..dengan ragam yang saya yg kdg2 tak terkawal..hehe..namun mereka tidak pernah meninggalkan saya keseorangan…alhamdulillah..maaf semua..terutama cik dan aboh…jika ada tindak tanduk saya membuatkan kalian bersedih dan terasa hati..saya seadanya mencuba untuk menjadi lebih baik untuk kalian semua..terima kasih kerana selama ini menjadi sumber kekuatan, inspirasi kepada saya untuk sentiasa kuat dalam menghadapi hidup ini..tanpa sokongan dan dorongan kalian..mungkin saya tidak seperti yang kalian lihat hari ini..terima kasih semua..

Erm..itu perihal keluarga saya..sekarang perihal saya pulak..hehe.. saya sekarang pelajar tahun akhir di International Islamic University Malaysia..degree in Fiqh a.k.a syariah in others university or higher learning institute..insyaallah..masih ada 1 semester pjg & 1 semester pendek utk saya habiskan pengajian saya ditaman ilmu dan budi ini..terasa sayang meninggalkan tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan membuatkan saya berkira2 untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi jika dipermudahkan Allah..doakan saya yea=P..sebelum menyambung pelajaran di Pusat matrikulasi Uia..saya bersekolah di SMU(A) maahad syamsul maarif pulai chondong..alhamdulillah after spm saya diterima masuk ke matrik UIA..sedih meninggalkan rakan2 yang rata2nya menyambung ketingkatan 6 (STAM) membuatkan saya teringin menolak tawaran keuia..namun atas pujukan aboh ketika itu yang mahu saya ke uia..saya akur..namun saya meminta kebenaran nya utuk mengambil peperiksaan STAM..mana tahu ade rezeki saya..hajat dihati mahu ke timur tengah..hehe..2 tahun di matrik berlalu dengan baik walaupun saya tak kemana selepas result STAM dimumkan seperti yang saya hajatkan.walaupun dengan mendapat keputusan mumtaz namun saya memutuskan untuk manghabiskan pengajian di UIA..namun saya berpuashati dengan keputusan peperiksaan saya yang merupakan hadiah bernilai buat aboh dan cik..terharu melihat senyuman aboh tatkala saya naik kepentas menerima hadiah terbaik perperiksaan stam…awalaupun kejayaan itu kecil namun sudah ckup untuk membuatakan aboh dan cik tersenyum..saya puasa hati…alhamdulillah…hamdan Lillah..
Saya masih di uia..kehidupan di uia agak mencabar bagi saya..dengan polisi uia yang menjadikan bahasa inggeris as a medium of interaction..saya jadi kekok pada permulaannya…tapi alhamdulillah…segala nya berjalan lancar sehingga sekarang,berkat doa cik dan aboh serta insan2 yang menyayangi saya=)…erm..apa lagi yea..ckupla setakat tu..yang selebihnya biarla adik beradik saya pula yang bercerita ..hehe..yang pasti saya seorang yang simple..kadang2 pendiam..tp kdg2 boleh tahan..mengikut kesesuaian tempat dan masa..huhu..erm..doakan saya..semoga apa yang saya impikan akan mampu saya gapai..Insyaallah…


-My Name-



SUHA..

Dia adik saya…kami agak rapat, maklumlah jarak umur kami tak jauh beza..Cuma 2 tahun..jadi saya lebih selesa bersamanya..adik saya ni penuntut tahun dua di Universiti perguruan sultan idris (UPSI)..tapi sekarang sedang ber’honeymoon’ di UTM skudai johor..hehe..honeymoon ke?..erm.tidakla begitu..dia skrg sedang mengikuti program pertukaran pelajar disana..tak lama..Cuma 1 semester pnjg..sabarla..saya tahu dia rindukan UPSI..tiap kali dia menghantar mesej pada saya pasti dia menyatakan rindunya pada UPSI..sabar yea..tak lama dah pun…Adik saya ni saya panggilnya Suha..tapi adik beradik saya yang lain memanggilnya adik..kdg2 saya jeles jugak..mana tidaknya..saya masih mempunyai 4 orang adik selepas suha..bagaimana dia boleh diberi gelaran itu..hehe.namun jeles itu sekejap je.mungkin sebab dia manja..dan suka merajuk…kadang2 moody..tapi dia baik hati…segala rahsia saya dia simpan dengan baik..saya sayang dia sgt2..sebab saya selalu luahkan perasaan saya padanya..walaupun saya sedar, saya jarang bertanyakan apa yang dia mahu, dia rasa..tu la sebab saya sayang dia…erm..satu je yang membuatkan saya kagum dengan adik kesayangan saya ni..jika nak dibandingkan dengan adik beradik saya yang lain..adik saya ni awalnya2 kurang la menyerlah dalam pelajaran..jika nak dibandingkan dengan yang lain termasuk saya sendiri..hehe..namun dia punya semangat yang tinggi..dia berusaha dengan tekun untuk mendapat apa yang diimpikan…dan apa yang mengejutkan kami sekeluarga pencapaian luar biasanya dalam pelajaran bertambah baik dari masa ke semasa..sehinggalah ditahun pertama adik saya di UPSI..terasa bangga kami denganya apabila dia disenaraikan sebagai penerima anugerah dekan masa itu..erm…yang pasti ianya mengubah persepsi kami pada dia..TAHNIAH SUHA....dia seorang yang berkebolehan..seorang yang berani..jika dibandingkan dengan saya..masa disekolah menengah dia dah menunjukkan potensi untuk menjadi seoarang guru dengan kebolehannya berhadapan dengan orang..erm..apa2 pun saya doakan adik saya ni berjaya mencapai cita2nya..yang pasti terima kasih atas segala jasa baik suha selama ni..maaf kalau kdg2 ada sikap kakakmu yang tak disenangi..kita akan sentiasa baik kan??hehe


-Bakal guru..huhu-


AMIN..

Terasa mahu ketawa bila teringatkan adik saya yang sorang ni…dia sunguh pelik…dalam kelurga saya dialah yang agak pelik..hehe..entahla..sukar saya mahu terangkan…namun sesiapa yang mengenalinya pasti mengerti apa yang saya maksudkan..Adik saya ni sekarang belajar Di UITM Arau Perlis..jauh di UTARA sana..sebelum ke UITM..dia belajar di matrik negeri sembilan.namun diatas sebab2 yang tertentu yang hanya dia yang tahu..dia bertukar ke UITM..sebelum tu dia pelajar sekolah men.agama tangok bachok selepas enggan meneruskan pelajaran di maahad tahfiz seperti abg2nya yang lain..puas dipujuk aboh..namun kami akur dengan keputusannya..biarla dia dengan keputusannya..kalau dia dah yakin dengan pilihannnya itu..kami Cuma mengharapkan yang terbaik buatnya...Dia seorang yang agak sukakan Style..berbeza dengan adik beradik saya yang lain…dia agak nakal..malah lebih nakal dari abe mi..kdg2 dia membuatkan kami sekeluarga pening dengan tindakannya..tapi dia baik..walaupun terkadang tak suka dinasihati..apa yang dia nak dia akan pasti mendapatkannya..masa tu kalau kami kata tak boleh pun dia dah tak peduli…huhu..pening saya memikirkan adik saya yang seorang ni..tapi dia tidakla bemasalah..dia sentiasa dibawah penjagaan cik dan aboh..walaupun kdg2 dia merasa dirinya dikongkong..sabar min,orang sayang tu..sebab tu ambil berat..hehe…dia cerdik..tapi agak tidak suka berusaha..=P..saya senang dengan dia..bila bersama mesti ada saja benda yang nak digaduhkan..tapi bila berjauhan saya betul2 rindukan dia..lawaknya yang sentiasa menceriakan keluarga kami menjadi antara sebab2 mengapa saya mahu bersama semula..tak mahu berpisah lagi..bila rindukan dia..saya pasti menghantar mesej..tapi dia selalu membalas “bakpo msg amin?rindu amin ko..amin dok make roti canai ni..nok ko nak blanjo?’…hehe..saya pasti tersenyum..dia mungkin tidak tahu..lawak bodohnya itu yang membuatakan saya makin rindu padanya…dah la amin..jangan main2 lagi…belaja rajin2.semoga amin berjaya capai cita2 amin..kami semua sayang amin…


-Amin la nie...-

LUBNI…

Erm..dia dirumah sekarang..sedang seronok berpuasa dengan cik n aboh..jeles nya pada dia…selalunya dia menjadi imam terawih di bulan puasa ni ..namun dek kerana dia bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini..keutamaan diberikan kepada pelajar lain..sengaja saya highlightkan SPM tu…mungkin bila dia terbaca entri ni..dia pasti tersedar tahun ni dia SPM..nampak macam tak sedar je=P…hehe..adik saya ni otaknya geliga,…masa kecik2 dulu la..tapi sekarang…dia je yang tahu…kiki.seorang hafiz..tapi selalu bila ditanya ayat quran..jawapan nya pasti..”erm..ayat quranla tu..ada dalam quran”..hehe..macamne tu…nilaila sendiri..malas nak komen..erm..dia ni nakal jugak..dh ditakdirkan anak2 lelaki aboh semua nakal2..siang hari jadi mat rempit...malam jadi imam..kenape saya katakana begitu?adik saya pantang betul tgk motor..ade je tempat yang nak dituju…selalu keluar dgn kawan2nya ..kemana2 pergi..tanpa lesen..selalu membuatkan aboh cik risau menantikan kepulangannya..bila dah balik tu …alhamdulillah..tak ditahan polis adik kami ni kerana memandu secara haram..tapi biasa cik dan aboh tahu kemana adik saya ni menghilang..dan dia pasti bersama aiman teman sekampung dan bersekolah ditempat yang sama di maahad tahfiz pulai chondong..agaknya kalu disaman sekali baru dia serik kot..hehe..adik saya ni suka buat lawak..bila bersamanya..pasti ada2 saja lawak spontan darinya..jadi tak kering gusi la kami adik beradik…tapi kdg2 dia ni moody sikit..time tak kena..ditegur pun tak dilayan…tapi dia ni mudah nak mintak tolong..kalau kena cara..okla..tak la teruk sangat dia ni..sama2 doakan dia berjaya dalam spm tahun ni..katanya nak ke shoubra..entahla..kemane2 je boleh..asalkan usaha menuntut ilmu Allah tu tak terhenti..Insyaallah…


-hehe..tak de gambar lain nak upload-

ADNIN..

Adik perempuan bongsu saya..teramatla manja..pantang ditegur..agaknya sebab dia baru nak melangkah kealam dewasa..umurnya 12 tahun..tahun ni UPSR..walaupun manja..tapi dia ni garang..hehe…mungkin sebab aboh dan cik dah tak guna pendekatan yang sama dalam mendidik kami ..dia dan adik bongsunya..mukhlis..memang manja..apa yang dimahukan…pasti cik dan aboh tunaikan…tak macam kami dulu…so…produk yang berbeza la kami ni..kiki….dia agak pendiam walaupun di sekolah dia merupakan seorang pengawas..sekarang hanya tinggal dia dan adik bongsu saya dirumah..menemani hari2 cik dan aboh…susah menjaga mereka ni..walaupun hanya berdua..tak pandai berdikari…huhu..takpela.saya faham kondisi mereka..membesar tanpa kakak2 dan abang..kadang2 kami kurang masa bersamanya..Cuma dapat bersama time cuti semester..namun kami berterima kasih pada dia..dialah peneman cik dan aboh dirumah…pengubat kerinduan pada anak2 yang lain, disebabkan dia ni agak pendiam..jadi dia tak banyak perangai..tapi kami geram juak kdg2…sebab diam sangat..jadi kdg2 kami tanya pun tak berjawab..ubah sikit perangai tu dik yea..tak elok macam tu=P, tapi dia baik jugak..mudah mintak tolong.,budak kecik lagi..cik aboh kata tak boleh wat kira sangat…apa2 pun…semoga adnin berjaya dalam UPSR..dah 2,3 kali exam..result dia masih sama 4A1B..selalu dapat B dalam sains..erm..ada masa lagi, usaha lebih sikit..kami semua doakan kamu..


-Adnin pun konvo..hehe-

MY LITTLE SWEET BROTHER…
MUKHLIS..

“Kak eda..mana transformer lis, beli doh ko?”..itula persolan yang tak pernah lekang dari bibirnya tiapkali saya menelefon ke rumah..masih di ingat janji saya untuk membelikannya robot..tak kisahla transformers ke,power rangers ke katanya..asalkan robot..huhu..itula adik saya yang bongsu..bosan ditanya soalan yang sama berulang2..saya mengelak untuk bercakap dengannya bila menelefon ke rumah..haha..kesian mukhlis..maaf yea..kak eda tak tahu nak cari kat mane transformers tu..tapi kadang2 terkena jugak.memandangkan dialah operator sambilan rumah kami=P..sebelum kami bercakap dengan cik dan aboh..hehe..sabar jela melayan kerenah adik saya yang seorang ni..umurnya sekarang 7tahun..darjah satu....dia sangat manja..dengan cik dan aboh..kadang2 runsing kami dibuatnya kerana dia terlalu dimanjakan..tapi kami faham..adik bongsu macam tula…dia ni agak cerdik..memang cerdik..banyak bertanya..dan mangsa soalan2nya tak lain tak bukan cik dan aboh…memang banyak bertanya..tentang mati..tentang hantu.tentang akhirat..macam2..kadang2 soalan yang ditanya membuattkan cik aboh terdiam..dah tak tahu nak jawab ape..hehe…dia ni suka merajuk..lebih2 dengan kami, lepas tu mula nak mengadu dengan cik dan aboh..pastu kamila yang kena,terutamanya amin dan lubni yang selalu tak puas hati dgn mukhlis ni sebab manja sgt..=P..dia sebaya dengan anak buah saya yang sulung..selalu bersaing…saya tak tahula macamne cik dan aboh kalau terpaksa berpisah dengan mukhlis..sayang sungguh cik dan aboh padanya..dia dan adninla yang menceriakan cik dan aboh..kalau time dia demam..cik dan aboh pun turut sedih..bila kami telefon..suara cik dgn aboh lain je..bia ditanya kenape?..mukhlis demam..tak bangun..alaa…kesian pulak dekat adik kami ni..masa tu baru rasa sayangnya dekat mukhlis..hehe..tahun ni tahun kedua dia berpuasa..tahun lepas..sampai kurus kering dibuatnya..sampai boleh bilang tulang rusuk dia..kiki..tapi dia seronok sebab dapat duit raya banyak..sebab puasa penuh..kesian dia..ingat lagi..bila dia puasa, mula dia nak mengada2..geram kami..=P bila dia puasa.. kami kena ikut selera dia..nak bersahur makan ape..berbuka makan ape..pernah sekali dia mintak dengan cik nak bersahur makan nasi dagang..apalagi…susahpayah cik buat nasi dagang pagi2 hari sebab mukhlis mengidam nak makan bersahur..huhu..pelik sungguh adik bongsu saya ni…macam2 lagila..erm..yang pasti kami kadang rasa rindu dengan celotehnya..hehe..cepat2 membesar yea muklis..nanti nak jadi doctor al-hafiz kan?..semoga berjaya dan jadi anak soleh untuk cik dan aboh..


-Mukhlis yg manja-



DAN RAMADHAN KALI INI…1430H

Kunjungannya tiba jua..dinanti ,ditunggu setiap masa..lebih2 lagi oleh insan2 yang mendambakan keredhoanNYA..yang rindukan ganjarang yang dijanjikan allah padaNya..
Dan ramadhan kali ini..membuatkan saya syahdu..bila terkenangkan adik beradik saya yang jauh dimata, bila teringatkan ragam2 kami membesar bersama… hati saya tersentuh..kami tak lagi dapat meraikan keberkatan ramadhan bersama..seperti masa2 dulu..ramadhan kali ini..mengingatkan saya saat2 bersama dulu..seronok sungguh rasanya..dunia kami ketika itu..Namun apa yang saya harapkan..ramadhan kali ini disambut dengan keazaman untuk meningkatkan diri meraih janji2 allah..awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah( keampunan) dan akhirnya kebebasan dari api neraka..sama2 kita berusaha merebut ganjaran2 yang allah tawarkan pada kita seboleh mungkin..walaupun susah rasanya mendidik nafsu..sama2 kita cuba..yang pasti semua nya dinilai oleh allah…Insyaallah…

Walaupun ramadhan kita sambut didaerah masing2..hehe..jangan lupa pada ayahbonda..yang senantiasa merindui dan mendoakan kita..sama2 kita doakan mereka..agar sihat sentiasa..dikurnikan kekuatan untuk beribadah padaNya..
Insyaallh..suatu hari kita akan bertemu…pasti akan bertemu..jika Allah rencanakan begitu..yang pasti mintalan dan doalah selalu..Rindunya saya pada kamu…

Akhiran…
Moga ramadhan kali ini disambut penuh kesyukuran…dan keserdahanaan…

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H..




Selamat bersahur+ Selamat berbuka pusasa..

Ilalliqo’..
Wsalam..

1 comment:

  1. salam ramadhan..pose pnuh tau.kalu x,xpyh mr rmh aku.hu3

    ReplyDelete