Friday, September 4, 2009

R.A.M.A.D.H.A.N...lagi...

Assalamualaikum…
Alhamdulilah…syukur tak terkira dipanjatkan kepada Allah, dikurniakan nikmat yang tak terhitung ..masih lagi diberi kesempatan bernafas dibumi pinjaman juga ladang untuk akhirat, ..hari ni dah nak masuk hari ke 14 umat islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. 13 hari yang begitu baik dan saya rasakan begitu cepat berlalu. Baru saja rasanya melangkah masuk dalam bulan Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allah penuh dengan keberkatan dan kerahmatan..bulan yang mana semua syaitan2 dibelenggu, pintu neraka tertutup rapat, dan pintu syurga dibuka seluas2nya..
Bagaimana kita? Cubakah kita merebut peluang2 dan tawaran besar2an Allah ta’ala itu? Mari kita renung sejenak. 30 hari dibulan Ramadhan. Janji Allah awalnya kerahmatan, pertengahannya maghfirah dan akhirnya kebebasan dari api neraka. Namun kadang2 kita sendiri tanpa sedar membiarkan hari2 dalam ramadhan berlalu sepi tanpa ada sedikit pun usaha untuk merebut tawaran2 Allah kepada kita itu. Astaghfirullah..saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa..teguran ini juga untuk saya kerana saya perlukan bimbingan, tazkirah yang berpanjangan .Kita sering malafazkan kesyukuran..Alhamdulillah, alhamdulillah..tapi realitinya adakah kesyukuran kepada Allah itu seiring dengan perbuatan bukan sekadar lafaz syukur!! Ayuh sama2 perhati kan semula perjalanan kehidupan kita seharian, apakah kita telah menunaikan hak2 kita terhadapNya sejajar dengan ucapan syukur yang kita lafazkan hari2. Betulla, kita hanya manusia biasa. Yang tak sunyi dari melakukan dosa dan kesilapan namun Allah itu Maha pengampun, lebih2 lagi dibulan ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, mintalah keampunan padaNya, diatas segala dosa dan kesilapan yang telah lalu, yang kita sengajakan mahupun secara tidak sengaja.. Ya Allah ampuni Kami Ya Allah..hanya
padamu kami memohon keampunan, ya Allah..engkaulah tempatku bergantung harapanku..Ku harap..diriku sentiasa dibawah rahmatmu…
Ramadhan yang sama..Natijah yang berbeza..semoga sebulan di Bulan ramadhan bisa membuat kita sedar betapa Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri..namun hanya kita yang harus bertindak untuk berhijrah
kearah yang lebih baik..yang pasti bukan sahaja dibulan ramadhan malah berterusan hingga kebulan2 yang lain sehingga dipertemukan semula dengan ramadhan akan datang. Jika 13 hari yang telah berlalu, tanpa ada sebarang perubahan yang kita lakukan..hari2 yang dilalui tetap sama dengan bulan2 sebelum2 ini..jangan hanya disesali, namun berusaha la untuk merebut segala nikmat juga tawaran2 dari Allah untuk kita..masih belum terlambat utk berubah..Jom sama2..mencari malam lailatul qadar..malam yang terbaik diumpamakan seribu bulan..terasa bergetar hati mengingatkan janji allah itu..mampukah kita untuk meraihnya??erm..biarlah semua tu..jika dipilih Allah, siapa yang tidak mahu..namun jika tidak dipilih Allah untuk menjadi antara yang terpilih bertemu dengan malam istimewa itu..sekurang2 nya kita adalah antara yang berusaha mencarinya. Insyaallah..ada bahagian untuk kita disana..Yassirillah..Wala tu’assir..moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk menambahkan amal ibadah kepadaNya..Ameen..
Buat semua pengunjung blog ini khususnya dan umat islam seluruh dunia..selamat menyambut bulan ramadhan Al-mubarak 1430H. Selamat meneruskan ibadah puasa  .Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh penghayatan dan kesederhanaan..
Jumpa lagi…
Assalamualaykum….

No comments:

Post a Comment