Wednesday, June 30, 2010

Short Update & Selected Article..:)

Assalamualaikum....

Lama sungguh tak update...macam biasa,ada saja alasannya:)..benar, saya sungguh sibuk akhir2 ni...namun, apabila dimuhasabah semula, masih banyak masa2 kosong yg saya abaikan begitu sahaja dalam kesibukan itu..& dgn sebab itu sudah cukup utk saya mula menyesali kelemahan diri sendiri yg sering leka dgn nikmat waktu yg Allah anugerahkan...T__T

Akhir2 ini saya sering kali duji, diuji dgn nikmat2 Allah yg tak putus2~Alhamdulillah~, dan dalam masa yg sma diuji dgn dugaan2 oleh Allah yg mana bila saya selaminya semula, saya singkap hikmah disebaliknya, ujian2 ini lah yg mematangkan saya,,ujian2 inilah yg mencambahkan rasa pergantungan saya padaNYA..saya yakin..saya sedar, tiada yg lebih indah melainkan berharap hanya kepadaNYA...Insha Allah...

Saya tidak mahu menulis pjg...sedangkan banyak cerita yg saya mahu sampaikan, jadi saya tinggalkan blog saya ini dengan sebuah artikel yg sedikit sebanyak memberikan Motivasi secara tak langsung kepada saya..:)memujuk hati yg pilu, menenangkan jiwa yg celaru....

 
BUAT YANG DIUJI





Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


Allahu Allah..Alhamdulillah....

Jumpa lagi semua...:)

Jaga Diri, Hiasi Peribadi....

Monday, June 14, 2010

Dia Kembali...terima kasih Allah...


 Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

SALAM 1 REJAB...

Syukurku pada Allah, dan hanya padaNYA kesyukuran itu harus ditujukan...sedar tak sedar, rejab datang menemui kita lagi..:-)hamdan laka Ya Allah...memasuki bulan rejab seolah2 memberi petanda supaya kita bersiap2 sedia dgn amalan2 yg harus dilipatgandakan untuk meraih cinta Allah, bukan menidakkan ketidakharusan beramal pada bulan2 lain...namun istiqamah itu harus dipacak & dimulakan sekarang..kerana Allah menjanjikan hambanya dgn seribu macam ganjaran dibulan ini, dan juga dibulan2 akan datang..insyaallah...sama2 kita raih peluang & kesempatan yg diberikan olehNYA, supaya kita tergolong dalam golongan yg diredhaiNYA..ameen...

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

...” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]



Saturday, June 12, 2010

Cantiknya seorang Muslimah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum....

Renungan bersama

"Sesungguhnya, malu itu sebahagian daripada Iman"
Malu melakukan maksiat adalah terpuji. Perempuan Malu kepada lelaki tanda bermaruah diri. Malu berbuat kebaikan adalah dikeji, Malu dikala ramai, tetapi ligat bila bersendirian adalah menunjukkan lemahnya iman. Malu itu sunnah para Anbiya'~Hadis Riwayat Abi Daud~

~Renungan pagi~

Mode: Study utk final exam:)
Jumpa lagi...Siiru A'la Barokatillah...

Bersiaran semula...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah....syukur kehadrat Allah...masih lagi diberi nikmat sihat utk terus bernafas di bumi pinjamanNYA... sudah lama tidak menulis disini...agak lama...akhir2 ini saya rasa agak malas menulis, bukan tiada cerita utk dikongsi, bukan juga kerana tiada masa utk menaip entri, walaupun bicara saya disini hanya sekadar tempat saya meluahkan rasa..entah mengapa, blog ini sepi seketika...namun akhirnya saya kembali jua, mengagahkan diri..menaip butir2 kata, memujuk hati meluahkan rasa yg ada...Insyaallah...moga2 selepas ini saya bersemangat semula...:-)

Hampir 2 bulan tidak menulis, terasa kekok bila cuba utk menulis semula..hehe, banyak yg mahu dicerita, tapi tidak tahu mahu dimulakan dgn yg mana. Tentang shortsem terakhir saya, sudah pun berlalu dgn penuh suka & duka.3 tahun di Bumi UIA..terasa amat cepat berlalu...sedih & gembira bercampur baur, yang pasti semuanya akan ditempuhi. Masih berbaki beberapa hari utk dihabiskan disini..bersediakah saya utk keluar menempuh alam lain???wallahua'lam...mohon diberi kekuatan oleh Allah dalam ape jua keadaan...

Sekarang ni musim cuti sekolah, kebetulan jugak IPTA yg lain pun cuti, maka dengan itu seronokla adik2 saya bercuti dirumah...tambah pulak kakak2 saya balik bercuti jugak...tinggallah saya keseorangan di Gombak..tapi saya dah ckup bersyukur, kalau nak dibandingkan dgn abang saya yang nun jauh dibumi mesir sana...at least dapatla jugak saya balik kalau dah terlalu2 rindu nak menatap wajah kesayangan saya..tapi dia..hehe..syukur2..bila imbas semula, 4 tahun yg lalu..saya beria2 nak kemesir..konon2 nak belajar oversea, jauh dari family, baru ade feel belajar...fuhh..nasib baik..Allah campakkan saya ke UIA je, kalau  tak..saya pun tak boleh bayangkan keadaan saya  kalau 2bulan tak dapat balik rumah...Whatever la kan...Allah knows the best for Us..and here, me..sebab tu hajat saya utk menyambung pelajaran ke Mesir tak kesampaian, mungkin inilah hikmahnya...walaupun saya agak sedih pada mulanya..T__T..namun Alhamdulillah...semakin boleh menerima kenyataan..hehe..

Okla, terpanjang la pulak entri ntah ape2 ni..insyaallah, isnin ni saya akan menduduki Final exam utk paper terakhir saya utk degree ni. Terasa semacam pelik pulak, dahla satu2nya paper utk sem ni...sem akhir pulak..ape2pun doakan saya najah...seterusnya bergraduasi dengan cemerlang, walaupun dgn result yg hanya cukup2 makan...haha..Alhamdulillah..semuanya dari Allah..nak harap usaha sendiri, belum tentu cukup utk membuatkan saya tersenyum setiap kali berdepan dgn saat mengetahui result final exam...Syukur padaMu ya Allah...ok2, saya mahu lelap seketika...rasa berat pulak mata, jumpa lain masa, banyak lagi yg mahu dicerita, cuma menanti masa yg sesuai utk mencoret rasa, Insyaallah....doakan saya yea...:)

Utk semua sahabat2 saya yg akan menduduki imtihan nihai'e...semoga di permudahkan Allah...Ma'an najah fil imtihan nihai'e....semoga kita semua tergolong dalam golongan org2 yg berjaya, bukan sahaja didunia tapi juga diakhirat sane..Ameen Ya Robb....teruskan berusaha...dan seterusnya tawakal padaNYA...OK!




Ilalliqo'....

Assalamualaikum....

Jaga diri semua....:-)